Wednesday, November 14

Aku sudah berpindah

(macam lah ada orang peduli)

Lantakle.. Aku tahu ada antara kenalan aku yang membaca blog bodoh aku ni dalam diam.. Terutama kenalan2 yang handsome dan jelita belaka.. Ahem.. Kalau yang bukan kenalan, tentu yang hodoh2 dan banyak jerawat tentunya.. Yucks..

Ape-ape pun, sekadar pemberitahuan, mulai hari ini, aku mahu dan akan berpindah ke http://www.marshazliyana.com

Nampak poyo, tapi bila lagi hendak ada domain dengan nama sendiri dan aku sangat suka dan bangga dengan nama itu. Kerana ia gabungan nama Arwah babah dan mama aku.. Oleh sebab itu juga aku marah kalau ada orang salah eja atau mempermainkan nama aku.. Nak buat macam mana, aku ni pemarah (bak kata Atid)

Okay, so tidak lama lagi salemlight ini akan padam kerana salemlight sudah tidak ada kena mengena di dalam hidup aku lagi.. Ihiks.. Takbir! (Sakit)

Sementara ini, selamat tinggal blogger!

Labels:

Tuesday, November 6

12 weeks 4 days

Maybe sudah 3 bulan.. Lepas ni sudah masuk 2nd trimester means aku dah lepas dari stage bahaya.. Aku masih pakai heels, doktor bising.. Hahaha.. Bukan cakap besar, berpuluh tahun (yeke) aku pakai heels 3 hingga 4 inchi dan sepanjang itu belum pernah lagi terpelecok apetah lagi jatuh tersungkur.. Maybe aku jalan kurang gelek atau lenggok.. So, shud be no probs.. (Tapi skrg aku tidaklah pakai setinggi itu, cuma 1/2 inci saja tp itupun doktor dah bising)

Kelmarin, aku ke klinik biasa, tujuan mahu scan dan ambil vitamin. Tapi kamu tahu apa jawapan doktor bodoh itu?

"saya tak tahu guna scanner"

aku jawap, "kalau tak tahu, janganlah tulis kat depan pintu klinik ni yang anda berupaya menjalankan check up untuk ibu mengandung.. (bodoh)"

Maaflah incik doktor, termarah kamu pula.

Bukannya apa. Aku benci sesuatu yang membuang masa. Dan benci dengan ayat "Datang esok boleh tak?"

Sia-sia doktor itu belajar tinggi2.. Scanner pun tak tahu guna.. Kasihan..

Puufff! Otak aku laju fikir. Ohya kan, aku ada seorang kenalan, juga seorang Doktor di Negeri Melaka ini.. Terus aku call dan buat appointment malam itu jugak. Tak apelah jauh sikit janji aku dapat layanan istimewa serta selesa. Yang penting dia tahu guna mesin scanner.. Tapi, Aduhhh... Dia racun aku beli lense baru.. Hampehs betul kalau dah berkawan dengan penggila lense ini.. Dia bolehlah, dia doktor, ada klinik sendiri.. Setakat nak beli D3, pejam mata aja.. Aku? Kirim salam lah nak beli lense selalu... Herrmmmm...

Semasa check up, aku dapat lihat baby aku di screen scanner.. Sudah ada kepala, tangan, kaki dan bontot (hahaha).. Tulang belakang amat jelas.. Dia sangat aktif hingga susah doktor mahu ambil gambar.. Blur aja.. Maybe dia sedang menari.. Hahaha.. Dia asyik bergerak berpusing2.. Tak duduk diam! Maklumlah, semasa memandu ke klinik itu, aku buka CD MeetUncleHussain dan pasang kuat2 sebab bosan drive sesorang malam2.. So, maybe baby masih belum stop dancing.. hahaha..

Aku dapat rasa satu keajaiban apabila melihat baby sendiri di dalam perut aku sendiri. Ajaib sangat.. Susah nak gambarkan rasa itu.. Nak tahu rasa macam mana? Pergilah mengandung dan alami sendiri.. :P Tapi aku tidaklah terlalu excited maybe sebab Bob tiada.. So, kegembiraan tu belum dapat dikongsi dengan dia.. So, excitednya kurang...

Nanti, Disember nanti aku akan pastikan dapat gambar scan yang lebih baik untuk di pamer di sini. Gambar scan kelmarin agak blur dan hanya nampak bontot sahaja.. Anak aku masih camera shy.. Ihiks.. Sekarang aku sudah rindu mahu melihat dia sekali lagi.. :)

Aku juga harap, aku kurang lagi bersedih seperti seminggu dua ni.. Tidak lagi marah-marah.. Ramai org kata, kalau aku bersedih dan marah2 nanti anak aku akan terikut dengan perangai aku tu.. Betul ke? So.. Aku bertekad tidak mahu nangis2 dan sedih2 lagi.. Yang sudah berlaku tu sudahlah.. Tiada apa yang tidak berubah di dunia ini terutamanya hati manusia.. Manusia terutamanya Melayu mudah benar lupa dan berubah sehingga menjadi orang yang betul2 kita tak kenali. Biasalah itu. Normal.. Aku sudah puas bersedih dan bersabar dengan karenah manusia jenis ini dan aku hampir boleh menerimanya.. Dia tak penting dalam hidup aku, dan aku mahu buangnya jauh-jauh..

Dan aku sekarang ada mengidam sesuatu lah.. Herrmm.. Mahu satu MPV baru.. hahahahaha...... Bi, i love you.. LOL

Tuesday, October 9

8 Weeks 3 days


Aku makin rasa tidak selesa terutama di bahagian perut. Pertama, perut makin buncit. Aku sudah tidak boleh memakai seluar jeans lagi, kerana perut akan rasa sakit kerana ketat. Tapi, entahlah. Adakah perut aku menjadi buncit kerana sudah 8 minggu atau aku sememangnya seorang yang buncit (sejak dulu)

Kedua, perut aku rasa seperti ada benda.. Ada banyak angin, rasa sangat mual.. Sangat sangat tidak selesa. Aku tidak boleh makan banyak, nanti rasa seperti perut mahu pecah. Rasa senak dan sesak nafas. Dan aku tidak boleh lapar. Nanti perut masuk angin lalu aku mahu muntah. Seksanya rasa ini.

Ketiga, aku sangat sensitif. Sangat mengada2 dan sangat emosional. Lebih2 lagi bila org yang aku perlukan, orang yang aku sayang tiada di depan mata. Jauh beribu batu. Dan aku akan merajuk setiap hari tanpa sebab dan menangis merengek-rengek seorang diri. Sakit! Tengok cerita happy pun aku akan menangis, tengok cerita sedih pun aku akan juga menangis.. Terbaru, aku mengugut suamiku untuk berhenti kerja dan duduk di Malaysia untuk menjaga dan mengurut aku setiap malam. Aku juga marahkan mama kerana membawa masuk makanan ke bilikku ketika aku tidak mahu makan.. Sakit! Aku semakin melukai orang-orang yang sayang padaku.. Dengan itu, aku lebih suka habiskan masa untuk tidur untuk hilangkan rasa merajuk itu. Tetapi bila bangun, situasi sama berulang.. Aku bosan.. Aku sedih.. Aku malas..

Keempat, di dalam almari, sudah tidak ada banyak pakaian untuk aku pakai. Heels aku semua sudah tidak berguna. Arrgghhh! Aku sudah makin hodoh!

Kelima, aku benci seatbelt!!

Keenam, aku benci bangun pagi!

Ketujuh, aku nak makan laksa penanggggggggggggggggggg... Lapaaaarrr!!! Huwaaaa...

Kelapan, eh dah ah.. Malas aku nak taip panjang2.. Manalah aku nak carik laksa penang pagi2 buta di bulan puasa ni? Hermmm.. Sedapnya kalau makan panas2 lepas tu letak kuah banyak2 then letak cili padi banyak2.. Sluuurrrpppp...

Labels:

Tuesday, September 18

Kita berpuasa lagi...

Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan datang lagi.. Setiap kali bulan ini menjelma, otak aku mesti akan laju berpusing, fikir tentang apa yang aku mahu makan atau minum. Hihikhik.. Kadang2 aku jadi konfius.. Sama ada aku ingin makan kerana mengidam ataupun kerana nafsu bulan puasa.. Entahlah.. Ah! Tak kisahlah.. Asalkan aku tidak teringin mahu minum Long Island Tea sudahlah!

Okay, mari bercerita tentang makanan yang aku ingin itu.

Makanan pertama yang bermain di kepala aku sekarang ialah ketam kari.. Entah kenapa aku teringin sangat mahu makan masakan itu.. Aku ingat lagi tahun2 semasa aku masih belajar dulu.. Aku pernah makan ketam kari di kedai Dahlan, belakang Petronas Fasa 1 Bandar Baru Bangi.. Harganya hanya RM5.00 seekor.. Sesiapa yang pernah tinggal di Bandar Baru Bangi sekitar 1998-2002 akan tahulah kedai yg aku maksudkan ini.. Perghh! Sedap gila ketam tu.. Tapi sekarang kedai makan tu dah pun berpindah ke Kg Pandan.. Ehtah ada lagi atau tidak ketam kari sesedap itu. Dan makan punya pasal, Angela dah berjanji untuk temankan aku makan disana Jumaat ini. Yeay! Hehehe.. Harap2 adalah ketam tu.. ;)

Makanan kedua pulak, ikan sambal.. Aku ingat lagi pd zaman kononnya gerakan reformasi pada tahun 1999 dulu.. Hahaha.. Sebelum UBU wujud dan punya tempat sendiri, aku dan teman2 Gerak Lantang lain selalu berkumpul di ofis Isham yang terletak di Bangsar Utama.. Sesiapa yg familiar dengan Bangsar Utama pada tahun tu mesti teringat akan kedai2 warga Kelantan dan Thailand yang berderetan di tepi jalan menghala ke Maybank.. Penuh dengan gerai2 makanan.. Tapi sekarang semua tu dah takde sebab dah kena roboh dengan DBKL dah.. Kalau kalian masih ingat, dulu selekoh yang menghala ke 7-E tu ada 2 kedai makan (juga haram) yang menjual lauk pauk yg agak murah. Haaaa.. Disitulah mereka menjual ikan sambal yang paling sedap di dunia.. Hahahaha.. Ketika itu, harga seekor ikan sambal hanya RM2.00. Aku akan membeli ikan sambal setiap kali hendak berbuka puasa dan aku tidak pernah jemu.. Selepas dirobohkan, kedai makanan itu sudah berpindah ke Dataran Maybank sekitar tahun 2003. Tapi, tentulah hanya dibuka masa office hour aje ye tak? Jadinya.. Manalah aku boleh dapatkan ikan sambal itu di bulan2 puasa ini ya? :( Sedihnya...

Apa? Masak aje? Ceh... Mana sama.. Rasa dan feelnya tidak akan sama.. Even kalau disuruh tukang masak yang sama memasaknya pun, belum tentu akan sama seperti dulu.. Aapa yang aku inginkan sangat, masakan itu sama seperti dulu.. Aduh! Nostalgicnyaaaa!

Ohya, ada satu lagi makanan yang aku idamkan.. Meehun sup! Bukan meehun sup Tengkera kegemaran aku yang aku mahu tetapi meehun sup masakan mamaku yang dia selalu masakkan ketika aku kecil-kecil dulu. Hahahahahahaah.. Dulu aku kurus sangat dan tidak suka makan nasi. So, kadang2 waktu hujung minggu dia akan masakkan meehun sup yang sangat simple tapi sedap. Dah lama dia tak masakkan meehun sup sebegitu untuk kami adik beradik. Mungkin itu menu makanan anak-anak kecil barangkali..

Bodoh? Kenapa aku mahu makan makanan yang bertahun-tahun aku tak makan?

Suka hati akulah... Perut aku.. Tekak aku.. Dengki.. :P

Okay, aku nak gi masuk pantry nak makan keropok japs.. Huhuhu...

Labels:

Wednesday, September 5

Yeay!


Lama aku tunggu nak captured fireworks gini.. This is my 2nd time actually.. The 1st was masa new year eve kat The Curve dulu.. Masa tu aku hanya dapat captured asap dan kepala org jek.. :(

Ape-ape pun, thanx Bubba for the tips. Walaupun fireworks tu tak seperti yang aku expect, tapi ok lah.. Daripada asap, ye tak? ;) Cuma kesal sedikit bila Mukhriz tak mampu nak captured fireworks bentuk heart sebab cepat sangat hilang.. Huhuhu..

Labels:

Thursday, August 30

Ayam Masak Lada Hitam... :(


Aku selak gambar2 lama lalu terjumpa dengan gambar ini.. Sangat kurus... Gambar ini aku ambil ketika ke Sri Menanti akhir tahun 2006, ketika aku sedang sakit.. Sangat sakit..

Hari ini, August 2007, aku kembali sakit... Sakit yang sama seperti dulu.. Tentu akan kurus kembali seperti ini kerana selera makanku jatuh mendadak.. Aku tidak mahu telan makanan langsung walaupun terasa lapar yang amat sangat.. Letaklah makanan paling aku suka sekalipun, tidak akan aku sentuh..

Kamu tanya kenapa? Kebencian aku kepada seorang perempuan GEMUK buat aku tidak ada selera makan! Fuck! And yucks!

Aku cuma mahu masakan Mamaku, tapi aku cuma akan mahu makan hanya pada malam hari.. Sakit!!

Macam manalah nak angkat dumbell kalau aku tak makan nasik ni.. 2 3 hari ini aku tak akan pulang bertemu Mama.. Adusss.. Mati kelaparanlah aku..

Aku serius.. Aku tak akan ada selera makan kecuali masakan Mama.. Aku tidak tahu kenapa, hanya sambal ikan parang air tangan Mama yang boleh buat aku menjamah nasi.. Dan, aku juga sangat ingin mahu makan Ayam Masak Lada Hitam... Sangat ingin.. (Telan air liur)

*mengeluh* Mati lebih baik...

Labels:

Sunday, August 26

Dunia ini sudah semakin ramai perempuan GEMUK!

Hari Sabtu lepas, bertambah seorang lagi perempuan GEMUK yang aku benci..

Kebencian melampau terhadap mereka telah membuatkan aku makin kerap mengangkat dumbell (laju-laju) pada waktu petang hari walaupun aku hanya seberat 43kg! Sakit!

BUNCIT!!! Go away!!

Labels: